Persiapan Sambutan Aidilfitri Yang Tak Mungkin Dilupakan

By CariCari Listings Apr 1, 2024 ( 8 months ago ) Festive Season

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri, pastinya ramai antara kita yang akan balik ke kampung halaman untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Selain saling bermaaf-maafan di pagi lebaran, budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan saudara mara, kenalan dan jiran tetangga juga diteruskan untuk merapatkan silaturrahim. Pelbagai persiapan juga perlu dibuat selari dengan adab dan sunah Nabi Muhammad SAW serta budaya masyarakat kita.


1.     Baju Raya Sedondon

Sudah menjadi kemestian bagi masyarakat kita untuk mengambil gambar keluarga di pagi Raya dengan mengenakan baju yang sedondon. Kebiasaannya, yang akan sibuk mencari tema warna atau corak kain tentulah ibu atau adik-beradik perempuan. Walau bagaimanapun, perancangan awal perlu dibuat kerana kedai-kedai jahit kebiasaannya hanya menerima tempahan baju Raya tiga atau empat bulan sebelum berakhirnya bulan Ramadan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membuat tempahan atau memilih untuk membeli baju Raya yang telah siap dijahit, terdapat bermacam-macam pilihan rekaan ditawarkan oleh pelbagai kedai pakaian terutamanya di sepanjang bulan Ramadan. Lebih menarik lagi, pelanggan dapat menikmati potongan harga yang banyak apabila membuat pembelian di saat akhir musim perayaan. Dapatkan maklumat terkini berkaitan kedai pakaian dan tekstil di kawasan anda di CariCari Listings.



2.     Menu Wajib dan Kuih Raya Kegemaran

Seperti perayaan lain, Hari Raya Aidilfitri juga ada hidangan istimewanya bergantung kepada suku kaum dan tempat kelahiran masing-masing. Bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, hidangan seperti ketupat, lemang dan rendang dianggap sebagai menu wajib yang kebiasaannya dimasak secara gotong-royong oleh semua ahli keluarga pada malam Raya. Manakala bagi masyarakat Bugis di Sabah, tumbuk dan buras yang dihidangkan bersama sate menjadi kebiasaan.

Selain menu utama, kuih-muih tradisi seperti tart nenas, batang buruk, biskut makmur dan biskut buah gajus menjadi pilihan ramai untuk dihidangkan di hari lebaran. Sudah tentu lebih seronok sekiranya terdapat ahli keluarga kita yang rajin dan pandai menyediakan kuih-muih di rumah. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sentiasa sibuk bekerja, bolehlah membuat tempahan secara dalam talian atau mengunjungi kedai bakeri dan pastri di kawasan anda. Anda juga boleh membuat carian berkaitan kedai bakeri dan pastri di CariCari Listings.




3.     Lampu Pelita dan Hiasan Rumah

Lampu pelita yang kebiasaannya diletakkan di sepanjang jalan atau pada pagar di sekeliling rumah dapat menghidupkan lagi suasana sambutan lebaran. Berbeza dengan zaman dulu, lampu pelita yang terdapat di pasaran hari ini banyak menggunakan elektrik dan mentol LED yang lebih selamat dan menjimatkan. Selain lampu pelita, lampu kelap-kelip turut digunakan untuk menghiasi rumah dan memeriahkan lagi perayaan Aidilfitri.

Sebagai persediaan menyambut kedatangan tetamu, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk membuat rumah terbuka, pastinya perlu membeli perhiasan dan kelengkapan tertentu seperti langsir, alas meja dan pinggan mangkuk. Dapatkan maklumat lengkap mengenai kedai yang menawarkan perhiasan rumah di CariCari Listings.


 

4.     Perabot Rumah Baru

Membeli set perabot rumah yang baru merupakan keputusan yang besar dan memerlukan penelitian dan perancangan yang rapi. Perabot baru yang dibeli perlulah sesuai dengan tema tertentu yang dipilih di samping turut mengambil kira warna dinding dan lantai. Ini penting jika anda menginginkan suasana rumah yang kelihatan menarik dan kemas. Ingin memberi sentuhan baru kepada rumah anda di hari lebaran nanti? Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini dan tepat barkaitan kedai perabot berdekatan di CariCari Listings sebelum membuat tinjauan dan pembelian.