Ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan sesebuah keluarga, terutamanya dalam soal pengasuhan anak. Jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Namun, adalah menjadi tanggungjawab setiap anak untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibu mereka sehingga akhir hayatnya. Sambutan Hari Ibu di bulan Mei ini memberi peluang kepada kita semua untuk menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kita kepada insan bergelar ibu. Bagi mereka yang masih mencari idea, di sini kami lampirkan beberapa aktiviti bermanfaat yang dapat dilakukan bersama ibu anda.
1. Rawatan Spa dan Dandanan Rambut
Setiap wanita, tanpa mengira usia, pastinya ingin sentiada kelihatan menawan dan dimanjakan dengan layanan istimewa. Dandanan rambut serta rawatan spa seperti urutan badan, mandian herba, dan rawatan kulit muka sudah tentu dapat melakar senyuman di wajah ibu anda lebih-lebih lagi apabila sesi tersebut diatur sepenuhnya oleh anak kesayangan mereka. Anda boleh membuat carian berkaitan salun kecantikan di kawasan anda di CariCari Listings sebelum membuat temujanji.
2. Percutian di Pusat Peranginan Popular
Melancong atau melawat tempat baru boleh dianggap sebagai satu bentuk terapi kerana dapat memperbaiki kesihatan mental dan fizikal seseorang termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Bahkan, kajian oleh pakar (Hunter-Jones P. dan Blackburn A., 2010) mendapati bahawa percutian dapat mendorong perasaan relaksasi dan kesejahteraan dalam kalangan warga emas, dan dalam beberapa keadaan, membawa kepada peningkatan kesihatan bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik tertentu seperti asma dan artritis. Sekiranya anda merancang untuk membawa ibu anda melancong di dalam negara, pastikan anda membuat carian tempat penginapan yang selesa di CariCari Listings.
3. Mengambil Kelas Seni Kreatif
Ibu anda sudah mula menunjukkan kemerosotan ingatan? Apa kata anda meluangkan masa dengan mengambil kelas seni kreatif bersama. Selain dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan ibu tercinta, aktiviti yang melibatkan seni kreatif seperti melukis dan mengukir boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental ibu anda. Menurut kajian pakar (Deshmukh S. R., Holmes J. dan Cardno A., 2018), mencipta dan mengalami seni berupaya memberikan rangsangan kognitif yang berkesan untuk merawat demensia dan keadaan mental lain yang berkaitan dengan usia. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah berkunjung ke Central Market yang merupakan pusat kebudayaan Malaysia bagi mengikuti kelas seni lukis batik.
4. Mengambil Kelas Menari
Kelas menari mungkin sesuai sekiranya ibu anda jenis yang suka dengan aktiviti fizikal. Aktiviti menari juga merupakan satu bentuk senaman yang dapat membantu mengekalkan kecerdasan fizikal, sekali gus meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kekuatan otot, keseimbangan dan fleksibiliti individu. Aktiviti seperti ini juga dapat memberi peluang kepada ibu anda untuk bersosial dan menambah kenalan. Carian studio tarian juga boleh dibuat melalui CariCari Listings.
5. Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Amal
Terdapat pelbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan yang mengadakan aktiviti jualan amal dan majlis keramaian seperti makan malam amal bagi mengumpul dana yang akan disalurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Selain dapat menyumbang ke arah kebaikan, anda dan ibu juga dapat berkenalan dengan berbagai individu dari pelbagai latar belakang. Interaksi seperti ini dapat mengurangkan kesunyian yang sering dihadapi warga emas terutamanya mereka yang telah kehilangan pasangan.
Masih tak dapat buat keputusan? Anda boleh membuat carian bagi pelbagai jenis bentuk hiburan dan aktiviti berkaitan sukan yang ditawarkan oleh peniaga di kawasan anda di CariCari Listings.