+6062339580
53,-,JALAN,TU 3,TAMAN TASIK UTAMA 75450 Ayer Keroh, Melaka
https://institutskilltech.com/ Follow Us :"KENAPA PERLU PILIH INSTITUT SKILL-TECH ? Berpengalaman dalam bidang latihan lebih daripada 15 tahun. Mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran. Menjadi panel pembangunan modul (WIM) dan soalan untuk Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tempat latihan dan fasiliti yang kondusif. Yuran kursus yang berpatutan. LATAR BELAKANG INSTITUT SKILL-TECH Institut Skill-Tech memulakan langkahnya dalam bidang latihan pada tahun 1996 di Perak dengan menjadi Pusat Bertauliah yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pada masa itu, Institut Skill-Tech hanya memberi fokus dalam bidang Multimedia, sistem Maklumat, Automotif, Pembaikan Penghawa Dingin, Elektrik dan Elektronik. Pada tahun 2008, berdasarkan peredaran arus ekonomi semasa Negara dan bidang kemahiran yang diberi perhatian oleh kerajaan, Institut Skill-tech telah mengambil keputusan untuk menjalankan latihan kemahiran khusus di dalam sektor pertanian. Dengan cogankata “ Pertanian Sumber Kekayaan” Institut Skill-Tech telah berpindah ke Durian Tunggal, Melaka dan menawarkan kursus-kursus SKM berkaitan pertanian seperti Tanaman makanan, Akuakultur dan Senibina Landskap. Langkah Institut Skill-Tech tidak hanya setakat itu, tahun demi tahun namanya semakin dikenali dan permintaan untuk mengikuti kursus SKM yang ditawarkan semakin memberansangkan. Institut Skill-Tech telah menambah beberapa kursus seperti Penyeliaan Ladang, Ruminan, Homestay, Bioteknologi dan Pemprosesan Makanan. Selain itu, Institut Skill-Tech juga membuka cawangan di Taman Tasik Utama, MITC, Melaka. Institut Skill-Tech mengamalkan sistem latihan secara 70% amali ’ serta berorientasikan usahawan pertanian. Sehingga kini, Institut Skill-Tech telah berjaya melatih lebih 3500 orang pelatih dalam bidang pertanian dan kebanyakan mereka semua telah berjaya menjadi pekerja mahir dan usahawan muda di dalam bidang yang mereka ceburi. Kini, Institut Skill-Tech mengorak selangkah lagi dengan menawarkan program baru selain SKM iaitu kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang bagi memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menambah kemahiran bagi memberi nilai tambah di dalam pekerjaan serta kehidupan seharian mereka. VISI Melahirkan usahawan tani yang berkualiti, efektif, inovatif, produktif, berdaya saing dan berketerampilan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri Asas Tani dengan mencergaskan semula sektor agro makanan sebagai sektor moden, dinamik lagi kompetitif untuk membolehkannya berdaya saing dalam arus ekonomi global serta menjadi penjana utama kepada ekonomi Negara. MISI Menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang lengkap, menyeluruh dan mengetuai industri pertanian serta memperoleh manfaat dari “spin-off” program latihan."