+60355696379
NO.14,-,PLAZA GLENMARIE,JALAN,U1/G 40150 Shah Alam, Selangor
Follow Us :"MENGENAL AS-SYAKIRIN
KONSEP INTEGRASI
Pendidikan Integrasi yang berterusan dengan kemantapan tiga bahasa ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ) yang menggunakan pendekatan holistik ( Minda, Jasmani dan Rohani ) dan mengarah kepada pembentukan insan yang Berilmu, Beriman dan Beramal.
Pendidikan integrasi lengkap di bawah satu bumbung ;
- Kurikulum Kementerian Pendidikan ( KBSR dan KBSM )
- Kurikulum Diniyyah JAIS
- Kurikulum Hafazan & Kefahaman Al-Qur'an
- Kurikulum Amalan Ibadah Harian Fardhu dan Sunat
Peperiksaan yang dijalankan
- PMR ( Tingkatan 3 )
- UPSR ( Tahun 6 )
- PSRA ( Tahun 6 )
- UPKK ( Tahun 5 )
FALSAFAH PENDIDIKAN SIAS
"" Pendidikan di Sekolah Integrasi As-Syakirin ialah satu amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap Muslim dan Muslimah ke arah membentuk dan memperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.""
""Insan yang dididik dengan usaha yang berterusan ini akan berkeupayaan ke arah memberikan kesejahteraan dan kecemerlangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.""
MISI
- Memartabatkan sistem dan nilai pendidikan islam dalam kerangka sistem pendidikan negara
- Melaksanakan sistem pendidikan ilmiah yang bermutu tinggi, berkualiti, progesif dan serba lengkap.
- mendidik pelajar agar berdaya saing dalam semua bidang pengajian.
- membentuk generasi profesional bertaqwa.
VISI
Memartabatkan sistem dan nilai pendidikan dalam rangka sistem pendidikan ilmiah, bermutu tinggi dan progresif dengan tujuan ;
a. memperkembangkan potensi individu secara syumul dan bersepadu
b. melahirkan insan yang berkemampuan menjalankan peranannya sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi
c. melahirkan insan yang berakhlak tinggi
MOTO
""Profesional Bertaqwa""
KEMUDAHAN
- Keseluruhan sekolah berhawa dingin
- Keseluruhan sekolah berkarpet
- maksima 24 pelajar perkelas
MAKMAL
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Bengkel Kemahiran HIdup
- Pusat Sumber"