IMAN ELC SDN. BHD.

Education

+6076625572

26A,1,JALAN,DESA BAIDURI 1,TAMAN HARMONI 81000 Kulai, Johor

https://imanelc.edu.my/ Follow Us :

Image

Description

"Tentang IMAN
IMAN Early Learning Centre | Taska | Tadika | Pusat Jagaan

IMAN ELC SDN BHD adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengelolakan Rangkaian Tadika IMAN, Taska IMAN dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN di Johor. Bermula dengan penubuhan pertama Tadika IMAN Taman Sri Skudai pada tahun 1988 , IMAN ELC komited melaksanakan visi untuk menerajui pendidikan awal kanak-kanak sebagai satu usaha membentuk generasi akan datang yang holistik.

Inspirasi Awal IMAN
Pengasasnya, Puan Mahayati Ibrahim mula mendapat idea tentang pendidikan awal kanak-kanak sejak berada di tahun akhir pengajian di UiTM. Beliau menetap di Tadika Ehsan dan seterusnya berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Islam Hira’ yang baru sahaja ditubuhkan setelah tamat pengajian. Mulai detik itu, idealisme mengenai pendidikan mula meresap dalam diri dan menanam cita-cita untuk menubuhkan satu institusi pendidikan awal kanak-kanak. Setelah berkahwin, beliau berpindah ke Johor Bahru untuk memulakan kehidupan fasa baharu. Di sini, beliau bertemu dengan beberapa rakan yang baru tamat pengajian di luar negara yang mempunyai aspirasi yang sama berkaitan pendidikan anak-anak mereka. Pada ketika itu, tadika yang menawarkan pendekatan Islamik masih belum berkembang.

Semangat dan Hasrat
Dengan semangat serta hasrat mereka melihat anak-anak dibesarkan dalam suasana Islam, gerak kerja diatur sehinggalah ditubuhkan premis IMAN yang pertama di Taman Sri Skudai iaitu Tadika IMAN pada tahun 1988 diikuti dengan Taska Dzilal pada 1989. Tahun demi tahun, IMAN mengembangkan cawangan nya sehinggalah mempunyai 23 cawangan yang beroperasi hingga ke hari ini. Pada awalnya, premis-premis IMAN menggunakan nama yang pelbagai seperti Tadika Cahaya IMAN, Tadika Nurul IMAN dan sebagainya. Operasi dan pengurusan adalah atas kapasiti premis.

Visi IMAN
Menjadi pilihan utama yang dipercayai dalam menerajui pendidikan awal kanak-kanak.

Misi IMAN
Menerajui pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam dengan menerapkan nilai dan menbentuk sikap menjadi insan soleh wa musleh yang akan menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang."

Image